15 March 2015

well, i'm GREAT!

hi hello

haha
rasanya dah masuk 2 bulan kot aku punya move on ni since aku tahu dia dah ada gelpren
bhahaha

Allah jer tahu macam mana hancur lagi sekali aku punya hati
tapi that thing tamat malam tu jugak
aku just menangis malam tu jer
tak sampai sejam pun aku nangis
luah-luah dekat Imaa lepastu pam!
hilang semua rasa!

ha
kau boleh buat?
aku boleh lah
kan aku dah kata
*wears shades*

biar aku sorang jer rasa macam mana seronok gembira bila tahu diri dah matang and dah boleh pandang depan tak pandang2 belakang dah ehek ehek

whoever yg datang lepasni,
insyaAllah takkan lepas dari friendzone

ikut jela flow life yg Allah dah tentu kan

next aim,

graduate degree lah!
sekelip mata jer dah nak habis tahun pertama
pergh pergh

ok aisyah kekalkan rendah diri kau tu
nanti jatuh riak
maap *sengih kerang*

sekarang ni nak jaga hubungan dengan Allah & manusia
taknak buat musuh dah
taknak jadi lupa kawan dah
jangan pelik kalau aku whatsapp hampa semua kata rindu nah
itu semua hormon 2 series
hormon nak jadi lebih baik dari sebelum ni
*senyum kelip2 mata*

oh
one thing

ada orang ajak aku kawin
kau ghase aku jawab ape?
opkos lah bagi jawapan artis!
"kalau jodoh tak kemana. insyaAllah, thank you."

hahahahaha

mak kata tak boleh kawin selagi tak grad
aku kata kat mak pulak
"syah akan kawin masa belajar kalau pakwe syah tu lecturer."
hmmmmmmmm

hahahaha
hentikan berangan

terima kasih cinta sebab bagi pinjam cinta dulu
marilah kita terus kedepan sama-sama
congrats!

hm sedih pulak ahaks!

ok dah
goodnight

olla
xoxo, aisyah


13 January 2015

next step maybe? haha

hello

np: HANI&ZUE - If you can't hang (cover)

uih kena amik mood sikit hehe

ok
apa yg next step?
okay yg next step nya adalah MOVE ON
ya move on yg itu lah apa lagi
FOR REAL ofcourse this time (hope so)
hehehe

kenapa?
sebab terasa bodoh diri ini tak move on lagi and sibuk terkejar orang hehe
apa kau ingat aku ni takde malu ke nak kejar lelaki all the time?
hello. aku perempuan okay.
hahaha

aku percaya pada jodoh yg Allah dah tetapkan utk semua hamba dia
for now maybe i keep saying that "aku taknak kawin lah" or "aku taknak kawin kalau bukan dengan dia"
but who knows what comes next. right?

macam mana nak move on?
kalau tengah taip ni aku baru lepas reply whatsapp dia
hahaha
AISYAH! TOLONG LAH MATANG SIKIT BUAT KEPUTUSAN!
hahahaha
i cant lah TT__TT

ok lahh
aku percaya jugak kalau Allah dah tetapkan jodoh aku tapi Allah nak test aku dulu buat masa ni
kalau jodoh tak kemana kan?
we doesn't even know what is future

ha kat sini dah boleh nampak pendirian aku macam mana
perangai dengan pendirian aku sama je
lalang
hekhek

as state above, maybe kan?
so maybe lah
hehe
bila betul-betul punya move on aku ni betul.
aku baru terfikir sebab terasa panas berduri muka aku ni bila kejar dia dari dulu tak habis2
yeah i know we kenot forget the first love
the first love is everything
tapi tak semestinya first love to end up with happy ending kan.
tak mustahil jugak first love tu adalah eternity love kita

hey
hidup ni unpredictable tahu
contoh, esok kau plan nak bangun awal nak ikut mak kau pergi pasar and breakfast sama (kau plan tu 30 minit sebelum kau nak tidur and mak kau taktau)
bila tiba esok pagi, kau nak bangun pun punya lah liat. lepas kau berjaya bangun and pergi cari mak kau kat ruang tamu, mak kau still tak mandi lagi. kau pun tanya lah mak kau "mak tak pergi pasar ke?" mak kau selamber jawab tak.
dengan harapan yg macam ek elehhhhh makk nii, kau pun pergi masuk bilik balik sambung tidur sampai zohor.

haa
kan unpredict tuh
hehehe

haa sudah lah sampai sini kot aku berangan-angan mat jenin
sudah tiba masanya aku bercita-cita utk study
ohoi exam final oi
orang lain habis dah final
aku baru sibuk nak final =.=

olla!

np: Gym Class Heroes ft. Adam Levine - Stereo Hearts

04 January 2015

Aisyah 1

assalamualaikum

sejak menjak cuti ni rajin sangat aku menulis kat sini
pasal apa? pasal bosan
aku nak berborak tengah2 malam (pagi2 buta)
so aku berborak jela dengan blog ni uhu uhu uhu

saja nak menaip since takde assingment kan

kejap dah aku rasa dah nak habis cuti ni
minggu depan aku rasa dah boleh start study kot
ni tak nikmat nak cuti ni
kena fikir study adui dui dui
mintak-mintak jangan ada gotong royong laa
maleh betul

ha memang pemalas pun
dah kata kan level malas aku dah sampai tahap nak kenalkan diri sendiri pun dah malas
hehehehe

memang aku punya hasil tulisan ni tak bermanfaat pun
sapa yg baca ni kesian korang
maaf ya
aku masih belum berjaya perah otak utk buatkan tulisan aku ni sesuatu yg bermanfaat bagi orang
bagi aku yela hehe

aku takut nak masuk kelas baru ni even ada roommate aku sekali
aku takut tak boleh bergaul
dengan kelas lama pun amik masa 3 bulan baru berjaya bergaul suku daripada kelas
hahaha
kesian kat diri sendiri sebab tak reti bergaul =,=

aku ni bukan laa seorang yg akan start bercakap dulu dengan orang
selagi orang tak tegur, selagi tu laa aku takkan tegur orang hehe
aku ni jenis yg suka perhati orang
aku perhati jer gaya orang tu bercakap, berdiri, body language dia dengan orang lain
kalau aku rasa aku dengan dia boleh in, aku try laa tegur
kalau aku rasa out, aku diam je sampai orang yg bercakap dengan aku hehe

lain pulak bila aku dah start berkawan.
bila orang yg aku dah tegur tu aku rasa dia tak in dengan aku, aku akan stay kawan
tapi tak masuk peringkat BESTFRIENDFOREVER laa
just kawan. bukan sahabat
kan orang kata SAHABAT dengan KAWAN maksud dia lain

okay fine. lain. memang lain uhuk

kekadang kita tak boleh tengok orang dari luaran
DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER
ha seriously jangan judge orang
muka memang nampak BAPAK SOMBONG tapi kenyataan nya dia gila
ada jugak yg muka gila baik
the truth is dia lah segala MAK AYAM KEPADA BATU API

memang manusia ni macam-macam
orang asia adalah orang yg paling lawa sebab muka orang asia ni macam-macam kaler n bentuk
sebab tu omputih dengan awang hitam suka orang malaysia ekekeke

dari kotak fikiran aku bila aku tengok orang
aku rasa insecure gila
aku rasa dorang tu terlalu lawa/hensem/baik/comel etc utk aku berkawan dengan dorang
padahal dorang takde mendeee pun
dorang kawan jer semua orang
aku jer yg suka over the box fikir apa yg orang lain fikir n rasa
hahaha
LAIN LA ORANG YG MEMILIH PARAS RUPA MASA CARI KAWAN
PANGAI NAKHAROM PUN NAKHAROM LAA JANJI HOT
blergh pergi mereput sana orang yg macam gini

em bila stop menaip sebab nak pergi minum kejap habis tercicir semua idea aku nak menaip apa yg aku fikir tadi
siot betul

ookay saya mahu beradu
saya mahu bangun awal esok utk perubahan diri pada tahun yg baru uhuk uhuk uhuk
demi masa depan katakooo

aisyah aisyah
bila tah nak berubah pangai nye
hahah

ADIOS!

03 January 2015

Hati Muntah

hai

start tulis,
NowPlaying: The one that got away

em kejap. sapa yang tahu blog aku ni ek?
setahu aku, aku tak pernah bagitahu orang link baru ni
eh. ke pernah ek
aaaaaa dilema dilema haha

oh harini nak bagi hati punya rasa muntah
kesian dia tak sedap rasa sebab tahan muntah
uhuk uhuk
tak boleh simpan lama2 nanti sakit
tak elok untuk kesihatan ehehe

wahai engkau yg dicintai dan disayangi
ah klise nye ayat
memang nak bagi muntah
dah nama pun 'hati muntah' kan

aku taktau laa umur aku ni dah layak ke belum nak rasa cinta tu betul2
rasanya tak terlalu budak2 kan utk rasa ni semua
aku rasa kalau masa aku form 3 tu yelaa orang kata muda lagi nak bercinta
tapi sekarang dah 20 (even baru 3 januari 2015)

tengok orang yg sebaya kawin & tunang memang nafsu tu gatal membuak2 nak kahwin juga
tapi rasanya yg bab ni memang betul2 tak sesuai lagi utk aku fikir
sebab aku tak dapat lagi nak capai apa-apa dalam kehidupan aku ni yg buatkan mak bapak aku bangga
so moh ler kita habiskan dulu degree ini ye dak
hehe

kalau cakap kat dia yg aku nak kahwin
takyah kira laa berapa kali dah aku cakap
tak terkira kegatalan nya
seriously tak dapat dibendung dah ehek ehek

ok sambung
engkau. ya engkau yg dulu selalu sangat
selalu sangat nama kau wujud dalam blog
lagi-lagi dalam hati
tak pernah tinggal pun
damn
entah bila tah nak move on
rasanya tak pernah move on
sebab selalu sangat cari dia and tak pernah lepaskan dia dengan ikhlas

aku kenal kau dulu dari kau takde pape
sampai sekaranag kau ada macam2 dalam hidup kau
aku sentiasa sokong kau dari jauuuuuuhhhhhh sangat
kau taktau betapa memberontaknya hati ni nak tolong gedik seronok utk kau
atas pencapaian atas usaha kau sendiri ni
haih laaa
kau taktau betapa seksa nya nak tahan hati ni dari tergedik lebih sangat dengan kau
kau taktau betapa terkinja nya hati ni nak pergi dekat kau masa terserempak haritu
fikir ade kawan kau jer
dan juga ada kakak aku hehe
kau pun diam tak bertegur
balik pun kau bisu tak tegur apa2
uish terseksa betul aku nak tahan cakap dekat kau yg aku seronok sanghat jumpa kau tu
memang dari dulu cerita kita ni penuh dengan terserempak
lagi2 masa lepas putus
perasaan rojak nye Allah je yg tahu

kalau lah orang yg baca blog aku ni engkau, ha alhamdulillah laa
hahahaha

ha sape yg baca ni agak2 kenal orang yg aku cerita ni, pergi suruh dia baca semua ni.
hahahahahaha
JANGAN MACAM2. NI GURAUAN IMAGINASI AKU JER
tapi kalau ada pun hm ok jugak hehehehe

AHH. STRESS FIKIR AKU BAGI BLOG NI KAT SAPA =.=

wahai laa nyawa
aku taktau macam mana nak explain semua perasaan aku selama bertahun ni dekat kau
tak kira laa masa dah putus, masa kau cari aku balik, lepastu kau hilang lagi, and kau ada balik,
dan sekarang kau masih ada
tapi yg mampu aku buat is menulis jela
tak cukup dekat notes ipong ku, sini pun aku nak tulis
memang taknak bagitahu kau tapi mana tahu satu hari nanti aku menangis lalu tanpa sedar aku menaip lalu menghantarnye ke engkau
OH TU SELALU SANGAT AKU BUAT
lepas dah hantar menyesal + malu tak terkata huaaaa

tapi
ni kan hati aku.
hati aku nak muntah malam ni
dan dia dah pun muntah
hati ni rasa sikit senak sikit sebab muntah secara paksa
kalau tak muntah, selagi tu laaa rasa xsedap kat hati ni

terima kasih laa blog
terima kasihh juga Allah
kerana mendengar keluhan tangisan aku malam2

terima kasih.

habis tulis
NowPlaying: All About You - Hillary duff